SEMPENA HARI GURU

Sempena Hari Guru 2013, Warga SK Kinabutan telah mengadakan sambutan hari guru pada 16 Mei 2013 yang diadakan di Dewan Terbuka SK Kinabutan Besar Tawau. Pelbagai acara dan aktiviti permainan diadakan bagi merayakan warga pendidik SK Kinabutan. Antaranya adalah persembahan daripada SK Kinabutan's Band, Deklamasi Sajak dan nyanyian daripada pelajar SK Kinabutan, Majlis Potong Kek dan permainan sukaneka. Selain itu, acara penyampaian hadiah dan cabutan tiket bertuah juga diadakan. Sesungguhnya sambutan sekali setahun ini  akan lebih bermakna sekiranya warga pendidik dan pelajar dapat memahami erti sebenar maksud pendidikan itu sendiri. Semoga SK Kinabutan Besar akan mencapai kegemilangan dalam semua aspek JERIS.
  " GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI , 1AGENDA"

No comments:

Post a Comment

 

Sample text