SEJARAH PUSAT SUMBER

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kinabutan telah diwujudkan pada tahun 1990. Pusat Sumber Sekolah ini dilancarkan pembukaan rasminya oleh Ketua Penolong Pengarah Pendidikan , Bahagian Teknologi Pendidikan Kota Kinabalu, Puan Hajah Rita T.Jaafar pada 24 Oktober 1990.

PIAGAM

MENGAPLIKASIKAN PELAJAR CEMERLANG,
GURU TERBILANG,PUSAT SUMBER GEMILANG
SEJAJAR DENGAN MATLAMAT NEGARA.

KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini. PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar  dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum. Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text